Tuesday, August 23, 2011

Auction 6 Sep 2011 2 Tkt Kancil 2 Tmn Hwa Seng BM RP RM315,900


PERISYTIHARAN JUALAN

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI PULAU PINANG

SAMAN PEMULA NO: 24-672-2009 (MT.3)

PERMOHONAN UNTUK PERLAKSANAAN NO. A/E 38-171-2010

Dalam Perkara Seksyen 256 Kanun Tanah Negara, 1965 Dan Dalam Perkara Gadaian bawah Perserahan No. 21808/96 jilid 715 Folio 154 ke atas tanah yang dikenali sebagai No. P.T. 4275 terkandung dalam Suratan Hakmilik Sementara H.S. (D) 15327, (dahulunya di kenali sebagai No. H.S.(D) HBM 17), Mukim 15, Daerah Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang Dan Dalam Perkara Aturan 83 dan Aturan 15 Kaedah 6A di bawah Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980 Dan Dalam Perkara Akta Kebankrapan 1967.

Antara

AFFIN BANK BERHAD (25046-T) (DAHULUNYA DIKENALI SEBAGAI PERWIRA AFFIN BANK BERHAD…………………………………………………………….……...….…...PLAINTIF

Dan

YEOH BAN AIK (NO. K/P: 7376979 (KETUA PENGARAH INSOLVENSI BAGI HARTA YEOH BAN AIK (NO. K/P: 7376979) SI BANKRAP)……DEFENDAN

Menurut Perintah-Perintah Mahkamah Tinggi Malaya di Pulau Pinang yang diperbuat pada 30 November 2009 dan 11 Julai 2011 adalah dengan ini diisytiharkan bahawa Timbalan Pendaftar, Mahkamah Tinggi Malaya di Pulau Pinang, dengan dibantu oleh Pelelong yang tersebut di bawah akan menjual secara L E L O N G A N A W A M

PADA HARI SELASA 6 SEPTEMBER 2011 JAM 11.00 PAGI

DI BILIK LELONGAN, MAHKAMAH TINGGI

LEBUH LIGHT, 10200 PULAU PINANG

NOTA : Bakal-bakal pembeli adalah dinasihatkan agar membuat carian Hakmilik secara rasmi di Pejabat Tanah dan memeriksa hartanah tersebut sebelum jualan lelong.

BUTIR-BUTIR HAKMILIK:-

NO.HAKMILIK H.S.(D) 15327 NO. LOT PT4275 MUKIM 15 DAERAH Seberang Perai Tengah NEGERI Pulau Pinang PEGANGAN Selama-lamanya KATEGORI KEGUNAAN TANAH Tiada KELUASAN 579.3244 meter persegi (6,236 kaki persegi) PEMILIK BERDAFTAR Yeoh Ban Aik 1/1 bahagian SYARAT NYATA First Grade SEKATAN KEPENTINGAN Tiada PAJAKAN BERDAFTAR Dicagarkan kepada Perwira Affin Bank Berhad melalui Gadaian Perserahan No. 21808/96 yang didaftarkan pada 3 Disember 1996

LOKASI DAN PERIHAL HARTANAH

Rumah sesebuah satu (1) tingkat yang beralamat No. 2 Tingkat Kancil 2, Taman Hwa Seng, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang

HARGA RIZAB

Hartanah tersebut akan dijual tertakluk kepada harga rizab sebanyak RM315,900.00 (RINGGIT MALAYSIA TIGA RATUS LIMA BELAS RIBU DAN SEMBILAN RATUS SAHAJA) dan kepada syarat-syarat jualan yang dicetakan di Perisytiharan Jualan. Bagi penawar-penawar yang berminat adalah dikehendaki mendeposit 10% daripada harga rizab dalam bentuk bank draf di atas nama Plaintif Affin Bank Berhad sebelum jam 10.00 pagi pada hari lelongan awam. Bank draf bersama dengan salinan Kad Pengenalan penawar hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berukuran 4 inci x 9 inci dengan mencatatkan Nombor Kes Perlaksanaan (No. A/E 38-171-2010) di bahagian atas sebelah kiri sampul surat itu. Sampul surat yang telah digam hendaklah dimasukkan ke dalam peti surat yang disediakan di Bilik Lelongan, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang. Baki wang belian hendaklah dibayar oleh pembeli dalam tempoh seratus dua puluh (120) hari dari tarikh Jualan kepada Plaintif Affin Bank Berhad. Untuk butir-butir selanjutnya, sila berhubung dengan Tetuan Cheong Wai Meng & Van Buerle, Peguamcara bagi pihak Plaintif yang beralamat No. 49 Lebuh Gereja, 10200 Pulau Pinang (No. Tal: 04-2625446 / No. Fax 04-2610878) [No. Ruj: L/ARI/AFFIN/467/09/ns]

No comments:

Post a Comment