Friday, August 26, 2011

Auction 7/9/11 (Wed) 8 Lrg Merak 29, Spg Ampat RM58,500


PERISYTIHARAN JUALAN

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI PULAU PINANG

SAMAN PEMULA NO: 24-874-2009

PERMOHONAN UNTUK PERLAKSANAAN NO. A/E 38-88-2011

Dalam perkara mengenai Gadaian yang didaftarkan pada 5-6-2003 mempunyai Perserahan No. 746/2003 ke atas tanah yang dipegang di bawah Suratan Hakmilik Sementara No. H.S. (M) 87, No. Lot 1903, Mukim 14, Daerah Seberang Perai Selatan, Negeri Pulau Pinang bersama dengan premis yang didirikan diatasnya. Dan Dalam perkara mengenai Seksyen 256 dan Seksyen 257 Kanun Tanah Negara, 1965. Dan Dalam Perkara Mengenai Seksyen 265(3)(a), (b) dan (c), Kanun Tanah Negara, 1965; Dan Dalam perkara mengenai Aturan 83 Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980

Antara

CIMB Bank Berhad (13491-P) (yang dahulunya dikenali sebagai Bumiputra – Commerce Bank Berhad yang telah menerima pemindahan keseluruhan perniagaan dari Southern Bank Berhad berkuatkuasa dari 1-11-2006 menurut Perintah Pemberihakan bertarikh 6-9-2006 yang kemudiannya dipinda pada 21-11-2006…………………….…….…….................................………..………………………………..……….………...Plaintif

Dan

Cheng Nyuk Ai (No. K/P 780512-07-5138)………...................................................................................................……………Defendan

Menurut Perintah Mahkamah Tinggi Malaya di Pulau Pinang yang diperbuat pada 18 Jan 2010, 11 Jan 2011 dan 6 Jun 2011 masing-masing adalah dengan ini diisytiharkan bahawa Timbalan Pendaftar, Mahkamah Tinggi Malaya di Pulau Pinang, dengan dibantu oleh Pelelong yang tersebut di bawah akan menjual secara

L E L O N G A N A W A M

PADA HARI RABU 7 SEPTEMBER 2011 JAM 11.00 PAGI

DI BILIK LELONGAN, MAHKAMAH TINGGI

LEBUH LIGHT, 10200 PULAU PINANG

NOTA : Bakal-bakal pembeli adalah dinasihatkan agar membuat carian Hakmilik secara rasmi di Pejabat Tanah dan memeriksa hartanah tersebut sebelum jualan lelong.

BUTIR-BUTIR HAKMILIK:-

NO.HAKMILIK HSM 87 NO. LOT 1903 MUKIM 14 DAERAH Seberang Perai Selatan NEGERI Pulau Pinang PEGANGAN Selama-lamanya KATEGORI KEGUNAAN TANAH Bangunan KELUASAN 93.0059 meter persegi (1,001 kaki persegi) PEMILIK BERDAFTAR Cheng Nyuk Ai 1/1 bahagian SYARAT NYATA Tanah ini hendaklah digunakan untuk tujuan kediaman sahaja SEKATAN KEPENTINGAN Tiada PAJAKAN BERDAFTAR Dicagarkan kepada Southern Bank Berhad melalui Gadaian Perserahan No. 746/2003 yang didaftarkan pada 5 Jun 2003 LOKASI DAN PERIHAL HARTANAH Sebuah rumah teres satu tingkat yang beralamat No. 8, Lorong Merak 29, Taman Merak, 14100 Simpang Ampat, Pulau Pinang

HARGA RIZAB Hartanah tersebut akan dijual tertakluk kepada harga rizab sebanyak RM 58,500-00 (RINGGIT MALAYSIA LIMA PULUH LAPAN RIBU LIMA RATUS) SAHAJA dan kepada syarat-syarat jualan yang dicetakan di Perisytiharan Jualan. Bagi penawar-penawar yang berminat adalah dikehendaki mendeposit 10% daripada harga rizab dalam bentuk bank draf di atas nama Plaintif CIMB Bank Berhad sebelum jam 10.00 pagi pada hari lelongan awam. Bank draf bersama dengan salinan Kad Pengenalan penawar hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berukuran 4 inci x 9 inci dengan mencatatkan Nombor Kes Perlaksanaan (No. A/E 38-88-2011) di bahagian atas sebelah kiri sampul surat itu. Sampul surat yang telah digam hendaklah dimasukkan ke dalam peti surat yang disediakan di Bilik Lelongan, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang. Baki wang belian hendaklah dibayar oleh pembeli dalam tempoh seratus dua puluh (120) hari dari tarikh Jualan kepada Plaintif CIMB Bank Berhad. Untuk butir-butir selanjutnya, sila berhubung dengan Tetuan V.M. Mohan, Fareed & Co., Peguamcara bagi pihak Plaintif yang beralamat 2-3A-A NB Plaza 3000 Jalan Baru,13600 Perai, Pulau Pinang (No. Tal: 04-3982787/ Fax 04-3979926 [No. Ruj: KMM/CIMB/HL/4625/10/nk]

No comments:

Post a Comment