Thursday, June 12, 2014

10 Jun 2014 No. 1063, Lorong Mutiara 16B/3, Taman Mutiara, Karangan, Kedah RM60,000-00 MBSB/Tawfeek Badjenid



L E L O N G A N    A W A M
PADA  HARI SELASA 10 JUN 2014 JAM  10.30  PAGI
DI BILIK LELONG, MAHKAMAH TINGGI
LEBUH LIGHT, 10200 PULAU PINANG
NOTA :            Bakal pembeli adalah dinasihatkan agar membuat carian Hakmilik secara rasmi di Pejabat Tanah dan memeriksa semua tanggungan, bebanan serta mengenal pasti dengan tepat hartanah tersebut sebelum jualan lelongan dijalankan.
BUTIR-BUTIR HAKMILIK:-
NO. HAKMILIK H.S.(D) 41241 NO.  LOT PT5238 MUKIM/DAERAH/NEGERI Pekan Sungai Kob/Kulim/Kedah PEGANGAN Selama-lamanya KELUASAN 111 meter persegi CUKAI TAHUNAN  RM50.00 PEMILIK BERDAFTAR Mohd Umar Ziyadi Bin Ahmad (No. K/P: 651228-08- 5581) 1/1 Bahagian SYARAT NYATA TAPAK RUMAH BERDERET KOS RENDAH Tanah yang terkandung dalam hakmilik ini hendaklah digunakan sebagai tapak untuk satu bangunan kediaman (Rumah Berderet) sahaja SEKATAN KEPENTINGAN Tiada PAJAKAN BERDAFTAR Dicagarkan kepada Malaysia Building Society Berhad melalui Gadaian Perserahan No. 1996/2005 didaftarkan pada 7 Februari  2005 KATEGORI KEGUNAAN TANAH Bangunan      
       LOKASI DAN PERIHAL HARTANAH
Sebuah rumah teres satu (1) tingkat  kos rendah yang beralamat No. 1063, Lorong Mutiara 16B/3, Taman Mutiara, 09700 Karangan, Kedah Darul Aman.
HARGA RIZAB
Hartanah tersebut akan dijual tertakluk kepada harga rizab sebanyak RM 60,000-00 (RINGGIT MALAYSIA ENAM PULUH RIBU) SAHAJA dan kepada syarat-syarat jualan yang dilampirkan. Penawar yang berminat hendaklah memasukkan deposit sebanyak 10% daripada harga rizab dalam bentuk Bank Draf atas nama Plaintif, Malaysia Building Society Berhad sebelum jam 9.30 pagi pada hari lelongan;  dan dikepilkan bersama kad pengenalan yang asal/salinan kad pengenalan yang diakui sah dan surat wakil (jika berkaitan) ke dalam Peti Lelongan yang disediakan. Nama penawar, nombor kad pengenalan, alamat terkini dan nombor kes pelaksanaan 38-206-03/2014 hendaklah ditulis di belakang Bank Draf tersebut. Baki wang belian hendaklah dibayar oleh penawar yang berjaya kepada Malaysia Building Society Berhad dalam tempoh seratus dua puluh (120) hari dari tarikh jualan. Untuk butir-butir selanjutnya, sila berhubung dengan:-

1 comment: