Thursday, June 12, 2014

17 Jun 2014 B-4-1 Jln Gertak Sanggul Penang RM63,000 HSBC



L E L O N G A N    A W A M
PADA HARI SELASA 17 JUN 2014 JAM  10.30  PAGI
DI BILIK LELONGAN, MAHKAMAH TINGGI
LEBUH LIGHT, 10200 PULAU PINANG
NOTA :                  Bakal pembeli adalah dinasihatkan agar membuat carian Hakmilik secara rasmi di Pejabat Tanah dan memeriksa semua tanggungan, bebanan serta mengenal pasti dengan tepat hartanah tersebut sebelum jualan lelongan dijalankan.
BUTIR-BUTIR HAKMILIK:-
NO.HAKMILIK Strata Berdaftar No. GM 824/M1/5/117 NO. LOT 1790 MUKIM/DAERAH/NEGERI    9/ Barat Daya /Pulau Pinang TEMPAT Teluk Kumbar PEGANGAN Selama-lamanya  KELUASAN 47 meter persegi (506 kaki persegi) PEMILIK BERDAFTAR 1.  Noorbanu Binti Hamidi ½ Bahagian 2. Mohd Saiful Rizal  Bin Zahari ½ Bahagian SYARAT-SYARAT NYATA ”Tanah ini hendaklah digunakan untuk pembinaan rumah pangsa kos rendah bagi tujuan kediaman/perniagaan sahaja mengikut pelan tatasusun yang akan diluluskan oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang kelak atau Tanah ini hendaklah digunakan untuk tujuan pencawang elektric/tangki najis/tanah lapang sahaja (mengikut pelan tatasusunan Majlis Perbandaran Pulau Pinang kelak) Pelan bangunan hendaklah seperti yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan iaitu Majlis Perbandaran Pulau Pinang” SEKATAN KEPENTINGAN Tiada KATEGORI KEGUNAAN TANAH Tiada BEBANAN Dicagarkan kepada HSBC Amanah Malaysia Berhad melalui Gadaian Perserahan No: 0705SC2011000505 yang didaftar pada 28 Mac 2011

LOKASI DAN PERIHAL HARTANAH

Sebuah rumah pangsa kos rendah dua (2) bilik yang beralamat No. B-4-1, Jalan Gertak Sanggul, Taman Gertak Sanggul, 11920, Pulau Pinang.
HARGA RIZAB
Hartanah tersebut akan dijual tertakluk kepada satu harga rizab sebanyak RM 63,000-00 (RINGGIT MALAYSIA ENAM PULUH TIGA RIBU) SAHAJA dan kepada syarat-syarat jualan yang dilampirkan. Penawar yang berminat hendaklah mendepositkan 10% daripada harga rizab dalam bentuk Bank Draf di atas nama Plaintif, HSBC Amanah Malaysia Bhd sebelum jam 9.30 pagi pada hari lelongan;  berserta dengan kad pengenalan penawar yang asal atau salinan kad pengenalan yang diakui sah dan surat wakil (jika berkaitan). Nama penawar, nombor kad pengenalan, alamat terkini dan nombor kes pelaksanaan 38-613-10/2013 hendaklah ditulis di belakang Bank Draf tersebut. Baki wang belian hendaklah dibayar oleh penawar yang berjaya kepada HSBC Amanah Malaysia Bhd dalam tempoh seratus dua puluh (120) hari dari tarikh jualan.

1 comment: