Thursday, June 12, 2014

18 Jun 2014 Bangalow Lot along Lengkok Bukit Jambul Penang RM2,468,394-00 CIMB/Zaid Ibrahim



L E L O N G A N    A W A M
PADA HARI RABU 18 JUN 2014 JAM  10.30  PAGI
DI BILIK LELONGAN, MAHKAMAH TINGGI
LEBUH LIGHT, 10200 PULAU PINANG
NOTA :                   Bakal pembeli adalah dinasihatkan agar membuat carian Hakmilik secara rasmi di Pejabat Tanah dan memeriksa semua tanggungan, bebanan serta mengenal pasti dengan tepat hartanah tersebut sebelum jualan lelongan dijalankan.
BUTIR-BUTIR HAKMILIK:-
NO.HAKMILIK Pajakan  Negeri  (PN)4009 NO. LOT 8899 MUKIM/ DAERAH/ NEGERI13 /  Timur Laut / Pulau Pinang PEGANGAN Pajakan  99 tahun  (luput  pada  26  Ogos  2089) KELUASAN 2,257  Meter Persegi (kira-kira  24,294  kaki  persegi) CUKAI TAHUNAN RM 486.00 KATEGORI KEGUNAAN TANAH Bangunan PEMILIK BERDAFTAR Azian  Shah Bin  Haji  Omar  Shah 1/1Bahagian SYARAT NYATA Tanah yang  diberi  milik  ini hendaklah   digunakan  untuk  tujuan  rumah  banglo sahaja. SEKATAN KEPENTINGAN Tanah  yang   diberimilik   ini tidak  boleh   dipecah  sempadan,  pindah   milik, cagar,  pajak,  pajakan  kecil  tanpa  kebenaran  bertulis  daripada  Pihak Berkuasa Negeri. PAJAKAN BERDAFTAR Dicagarkan kepada Bank Of Commerce (M) Berhad melalui Perserahan  No. 0799SC1995020517 Jil. 667 Fol. 84 yang didaftarkan pada 16 November 1995

LOKASI DAN PERIHAL HARTANAH

Hartanah tersebut adalah sebidang tanah  pembangunan  yang  terletak  di  sepanjang  Lengkok  Bukit Jambul dan  dalam  Daerah  Bukit  Jambul  yang  didirikan  di  atas  Lot  8899, Mukim 13, Daerah Timor Laut, Pulau Pinang yang terkandung dalam Pajakan Negeri 4009.

HARGA RIZAB
Hartanah tersebut akan dijual tertakluk kepada satu harga rizab sebanyak RM 2,468,394-00 (RINGGIT MALAYSIA TWO JUTA EMPAT RATUS ENAM PULUH LAPAN RIBU DAN TIGA RATUS SEMBILAN PULUH EMPAT) SAHAJA dan kepada syarat-syarat jualan yang dilampirkan. Penawar yang berminat hendaklah memasukkan deposit sebanyak 10% daripada harga rizab dalam bentuk Bank Draf atas nama Plaintif, CIMB BANK BERHAD sebelum jam 9.30 pagi pada hari lelongan;  dan dikepilkan bersama kad pengenalan yang asal/salinan kad pengenalan yang diakui sah dan surat wakil (jika berkaitan) ke dalam Peti Lelongan yang disediakan. Nama penawar, nombor kad pengenalan, alamat terkini dan nombor kes pelaksanaan 38-823-10/2012 hendaklah ditulis di belakang Bank Draf tersebut. Baki wang belian hendaklah dibayar oleh penawar yang berjaya kepada CIMB BANK BERHAD dalam tempoh seratus dua puluh (120) hari dari tarikh jualan.

1 comment: