Sunday, May 6, 2012

22 May 2012 No. 8 Lrg Murni 29, Tmn Desa Murni, B'worth RM130,000


PERISYTIHARAN JUALAN

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI  PULAU PINANG
SAMAN PEMULA NO: 24-1352-2011
PERMOHONAN UNTUK PERLAKSANAAN NO. A/E 38-799-2011
Dalam perkara mengenai Seksyen-Seksyen  256 -259  Kanun Tanah Negara 1965 Dan Dalam perkara mengenai Gadaian Perserahan No. 47075/2008 ke atas tanah yang dikenali sebagai Lot 4298, Mukim 11 , Daerah Seberang Perai Utara, Negeri Pulau Pinang yang dipegang di bawah Geran No. Hakmilik 69999  Dan Dalam perkara  mengenai Aturan-Aturan 7, 28 dan 83 Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980.                                                                                                                                         Antara
Standard Chartered Bank Malaysia Berhad (Syarikat No. 115793-P)………….……..………….….…...Plaintif     
        Dan
1. Tan Bee Tin
2. Wong Kok Chong…..…………………………..…………..………………….……….……Defendan- Defendan

Menurut  Perintah-Perintah  Mahkamah Tinggi  Malaya di Pulau Pinang yang diperbuat pada 5 Oktober 2011 dan 20 Mac 2012 masing-masing, adalah dengan ini diisytiharkan bahawa Timbalan Pendaftar, Mahkamah Tinggi Malaya di Pulau Pinang, dengan dibantu oleh Pelelong yang tersebut di bawah  akan menjual secara
L E L O N G A N    A W A M
PADA  HARI SELASA 22 MEI 2012 JAM  10.30  PAGI
DI BILIK LELONG, MAHKAMAH TINGGI
LEBUH LIGHT, 10200 PULAU PINANG
BUTIR-BUTIR HAKMILIK:-
NO.HAKMILIK               GRN 69999 NO  LOT 4298 MUKIM, DAERAH, NEGERI               11, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang PEGANGAN  Selama-lamanya KELUASAN  74  meter persegi ( 796 kaki persegi) CUKAI TAHUNAN RM40.00 PEMILIK BERDAFTAR 1. Tan Bee Tin ½ bahagian, 2. Wong Kok Chong ½ bahagian SYARAT-SYARAT NYATA First Grade SEKATAN KEPENTINGAN Tiada PAJAKAN BERDAFTAR                                    Dicagarkan kepada Standard Chartered Bank Malaysia Berhad melalui Gadaian Perserahan No. 0799SC2008047075 didaftarkan  pada 17 Disember 2008 KATEGORI KEGUNAAN TANAH Tiada
NOTA :                Bakal-bakal pembeli adalah dinasihatkan agar membuat carian Hakmilik secara rasmi di Pejabat Tanah dan memeriksa hartanah tersebut sebelum jualan lelong.

LOKASI DAN PERIHAL HARTANAH

Sebuah rumah teres dua  (2) tingkat  yang beralamat No. 8,  Lorong Murni 29, Taman Desa Murni, 13800 Butterworth, Pulau Pinang

HARGA RIZAB
Hartanah tersebut akan dijual tertakluk kepada harga rizab sebanyak RM 130,000-00 (RINGGIT MALAYSIA SATU RATUS TIGA PULUH RIBU) SAHAJA dan kepada syarat-syarat jualan yang dilampirkan. Penawar yang berminat hendaklah mendepositkan 10% daripada harga rizab dalam bentuk Bank Draf di atas nama Plaintif, Standard Chartered Bank Malaysia Berhad sebelum jam 9.30 pagi pada hari lelongan;  berserta dengan kad pengenalan penawar yang asal atau salinan kad pengenalan yang diakui sah dan surat wakil (jika berkaitan). Nama penawar, nombor kad pengenalan, alamat terkini dan nombor kes pelaksanaan No. A/E 38-799-2011 hendaklah ditulis di belakang Bank Draf tersebut. Baki wang belian hendaklah dibayar oleh penawar yang berjaya kepada Standard Chartered Bank Malaysia Berhad dalam tempoh seratus dua puluh (120) hari dari tarikh jualan.

1 comment:

  1. The above auction was called off by the Plaintiff SCB on 21 May 2012.
    We regret if there is any inconvenience to our clients......kcyeap

    ReplyDelete