Thursday, May 10, 2012

Syarat-Syarat Jualan No.23-3-12 Desa Rahmat Penang


SYARAT-SYARAT JUALAN

Pemegang Gadaian, PUBLIC BANK BERHAD yang beralamat No.48 Tingkat 2 Lebuh Bishop 10200 Pulau Pinang menjual harta ini mengikut Seksyen  263, Kanun Tanah Negara, 1965.

  1. Hartanah yang  akan dijual adalah seperti yang terkandung di dalam Hakmilik:-
Geran Mukim HBM 70/M2/4/180, No. Lot 9632, Mukim 13, Daerah Timur Laut, Pulau Pinang yang beralamat No. 23-3-12, Desa Rahmat, Jalan Relau, 11900 Pulau Pinang.

  1. Tertakluk kepada satu Harga Rizab sebanyak RM 125,000.00 (RINGGIT MALAYSIA: SATU RATUS DUA PULUH LIMA RIBU) sahaja dan orang yang menawarkan harga tertinggi dan diluluskan oleh Pentadbir Tanah, Daerah Timur Laut, Pulau Pinang, (selepas ini dirujuk sebagai sebagai Pentadbir Tanah tersebut), akan diisytiharkan sebagai Pembeli hartanah tersebut. Sekiranya timbul sebarang pertikaian mengenai tawaran harga yang tertinggi itu, Pentadbir Tanah tersebut boleh memerintahkan supaya hartanah tersebut dijual sekali lagi atau menyelesaikan pertikaian itu.

  1. Tidak ada sesiapa yang boleh menawarkan tawaran yang kurang daripada tawaran yang terdahulu darinya dan tawaran yang dibuat tidak boleh ditarik balik. Sesiapa yang ingin membuat tawaran semasa lelongan awam bagi pihak orang persendirian, badan-badan berkanun atau syarikat dikehendaki mengemukakan surat kebenaran yang mengatakan bahawa beliau mewakili orang persendirian, badan-badan berkanun atau syarikat tersebut. Untuk syarikat atau badan-badan berkanun mestilah dikemukakan surat kebenaran di atas kertas surat rasmi dan ditandatangani oleh dua (2) orang Pengarah sahaja berserta cop syarikat, nama dan nombor kad pengenalan wakil tersebut. Peguam yang ingin membeli bagi pihak klien mereka juga tertakluk kepada syarat di atas.

  1. Sebelum penawaran bermula, semua yang berniat untuk membuat tawaran dikehendaki mendeposit dengan Pentadbir Tanah tersebut wang sejumlah 10% dari Harga Rizab hartanah tersebut secara Bank Draf atau Cashier Order sahaja atas nama PUBLIC BANK BERHAD. Pembayaran dengan cek tidak akan dilayani. Wang sejumlah 10% tersebut akan merupakan sebahagian dari bayaran Harga Belian jika jualan berjaya.

  1. Penamaan (nominee) adalah tidak dibenarkan sama sekali.

  1. Sebaik sahaja jatuh tukulan terakhir, pembeli diwajibkan membayar kepada Peguamcara Pihak Pemegang Gadaian / Pemegang Gadaian baki 10% daripada Harga Belian yang beliau tawarkan setelah ditolak daripada deposit yang telah dibayar seperti yang dirujukkan di para (5) di atas dan menandatangani Memorandum di bawah Syarat-syarat Jualan ini. Pembayaran hendaklah dibuat secara wang tunai, Bank Draf atau Cashier Order sahaja dan dibayar atas nama PUBLIC BANK BERHAD..

  1. Dalam Keadaan di mana Pembeli gagal membayar seperti yang dinyatakan di atas, Pemegang Gadaian adalah bebas untuk menarik balik perkara yang sama di atas dari Pentadbir Tanah Daerah Timur Laut, Pulau Pinang. Kegagalan dalam perkara deposit tersebut, hartanah tersebut akan dilelong semula, kekurangan dalam harga (jika ada) yang mengakibatkan jualan semula atau harga belian jika tiada jualan semula, boleh dituntut dari Pembeli yang gagal dan deposit yang telah dibayar akan dirampaskan oleh Pemegang Gadaian setelah ditolak segala perbelanjaan jualan itu.

  1. Baki wang Harga Belian hendaklah dibayar oleh Pembeli kepada Pemegang Gadaian dalam tempoh seratus dua puluh (120) hari dari tarikh Jualan (selepas ini dirujuk sebagai Tempoh Tersebut). Pembayaran hendaklah dibuat secara wang tunai, Bank Draf atau Cashier Order sahaja. Bagi tujuan penyelesaian pembelian dan pembayaran baki Harga Belian, masa adalah syarat utama kontrek. Tiada masa lanjutan akan dibenarkan selepas tamat tempoh seratus dua puluh (120) hari itu.

  1. Kegagalan dalam pembayaran baki wang Harga Belian untuk jualan lelongan dalam Tempoh tersebut, hartanah tersebut akan dilelong semula berdasarkan pada terma-terma dan syarat-syarat yang diperuntukkan di sini. Deposit, setelah ditolak perbelanjaan jualan, akan dirampas oleh Pemegang Gadaian dan kekurangan dalam harga (jika ada) yang menyebabkan jualan semula, wang itu akan dibayar oleh Pembeli jika terjadi.

  1. Bermula dari masa Jualan, segala risiko mengenai kehilangan, kerosakan oleh api, gangguan, khianat dan lain-lain kemalangan, ketidakdudukan dan lain-lainnya terhadap hartanah tersebut adalah ditanggung oleh Pembeli semata-mata.
  1. Pembeli adalah disifatkan telah memeriksa dengan teliti hartanah tersebut serta telah mendapat Notis mengenai semua notis-notis dan kehendak-kehendak Pihak-pihak Berkuasa Negeri dan Tempatan. Pembeli hendaklah mematuhi segala kehendak-kehendak itu. Pembeli juga hendaklah mengakui identiti hartanah yang dibeli olehnya dengan apa yang terkandung dalam munimen yang ditawarkan oleh Pemegang Gadaian sebagai hakmilik hartanah tersebut atas keterangan-keterangan yang diberi dengan membandingkan perihal butiran yang terkandung dalam munimen tersebut.

  1. Hartanah tersebut dijual tanpa milikan kosong dan tertakluk kepada kesemua penyewaan yang wujud jika ada dan kesemua tuntutan para penyewa dan para penghuni melalui status adat kontrek atau sebagainya, pihak Pemegang Gadaian tidak perlu untuk menyerahkan milikan kosong ke atas hartanah tersebut yang dijual.

  1. Perihal hartanah tersebut hendaklah dipercayai dan dianggap telah diperihalkan dengan betul dan dijual tertakluk kepada semua ismen, liabiliti dan hak (jika ada) yang wujud di atasnya tanpa apa-apa obligasi yang timbul untuk mendefinasikannya dan tiada kesilapan, penyataan khilaf atau salah perihal yang boleh memansuhkan Jualan dan juga tiada apa-apa pampasan boleh dibenarkan berkaitan dengannya. Setelah baki Wang Belian dibayar, Pembeli haruslah mendapat milikan hartanah tersebut secara sendiri dan membiayai kosnya sendiri tanpa membabitkan kewajipan Pemegang Gadaian untuk memberikan milikan kosong.

  1. Di dalam keadaan dimana Pemegang Gadaian membelanjakan sebarang wang untuk mematuhi sebarang kewajipan atau tuntutan oleh Pihak Berkuasa Negeri atau Tempatan mengenai hartanah tersebut diantara tarikh Jualan dan penamatan Jualan, Pembeli haruslah pada penamatan Jualan membayar kembali kepada Pemegang Gadaian amaun yang telah dibelanjakan untuk mematuhi kehendak-kehendak tersebut yang timbul sebelum penamatan Jualan. Pemegang Gadaian di dalam mana-mana keadaan setelah menerima notis mengenai kehendak tersebut akan memberi notis kepada Pembeli mengenainya dan akan memberikan pilihan kepada Pembeli samada untuk mematuhi kehendak-kehendak tersebut kecuali Pembeli enggan atau lalai untuk mematuhi kehendak-kehendak tersebut.

  1. Sebaik sahaja baki harga belian dibayar, Pentadbir Tanah akan mengeluarkan Sijil Jualan untuk Pembeli mengikut peruntukan perenggan (a) dan (b) Seksyen Kecil (4), Seksyen 265, Kanun Tanah Negara, 1965. Sijil berkenaan hendaklah disediakan dan disempurnakan dengan perbelanjaan. Pembeli yang juga hendaklah membayar Cukai Setem dan Bayaran Pendaftaran. Hartanah tersebut dijual tertakluk kepada semua penyewaan yang sedia ada dan semua tuntutan daripada penyewa dan penghuni secara berkontrak lazim, statue atau sebaliknya jika ada.

  1. Pemegang Gadaian tidak bertanggungjawab untuk mengenepikan sebarang kaveat yang berada diatas tanah tersebut, sungguhpun Pemegang Gadaian akan, diatas perbelanjaan Pembeli, membantu Pembeli yang berjaya untuk mengenepikan kaveat tersebut untuk memudahkan Pendaftaran Pindahmilik.

  1. Kos Pindahmilik dan semua perbelanjaan bersampingan dengannya hendaklah ditanggung oleh Pembeli.

  1. Apa-apa tunggakan cukai pintu, cukai tanah dan caj-caj perkhidmatan (service/maintenance charges) sebelum tarikh lelongan awam hendaklah dibayar dari harga Jualan, dan bayaran-bayaran ini pada dan selepas tarikh lelongan awam hendaklah ditanggung oleh pembeli berkenaan. Lain-lain bayaran yang bersangkutan dengan pindahmilik selepas itu hendaklah ditanggung oleh pembeli berkenaan.

  1. Pemegang Gadaian tidak dikehendaki menunjuk, menyerah atau mendapat sebarang dokumen atau Surat Ikatan yang tidak ada dalam miliknya kepada pembeli dan tidak juga bertanggungjawab tentang sebarang pembayaran proses menghantarserah dokumen tersebut kepada pembeli dan tiada bantahan akan dilayani atas alasan ketiadaan.

  1. Sampai ke tarikh yang telah ditetapkan untuk membuat pampasan segala hasil (untung) dari, dan segala perbelanjaan berkaitan dengan harta tersebut, akan dinikmati atau dibayar oleh Pemegang Gadaian. Sewa semasa dan perbelanjaan yang akan dibayar (jika ada) akan dibahagi untuk maksud ini dan amaun yang telah dibahagi akan dibayar sebaik sahaja pembelian hartanah tersebut diselesaikan.

  1. Pihak Pemegang Gadaian adalah bebas untuk membuat tawaran di lelongan ini dan sekiranya ia berjaya menjadi pembeli maka akan menolak harga pembelian dengan amaun yang terhutang diatas gadaian tersebut pada tarikh jualan itu berserta dengan kos dan perbelanjaan lelongan.


No comments:

Post a Comment